Tip Murnikan Hati
Assalamualaikum.
Aq fedup sebenarnye tetibe je blog aq jadik cam hape. Dah berejam aq buat last-last jadik camni. Lahai-lahai. Sabo jelahh. Btw,aq nak share beberape tip yang aq bace dari majalah. Let's go!
TIP MURNIKAN HATI
- Cube muhasabahkan diri,nilai di mana kelemahan korang dan cari sebab nape korang jadik camtu.
- Isikan diri dengan perkara yang positif dan belajar untuk berbaik-baik dengan orang,dengan cara memperbaiki komunikasi.
- Belajarlah untuk rasa gembira atas kejayaan orang lain.
- Terima kelemahan setiap orang itu seadanya.
- Jangan suka mengumpat @ memburuk-burukkan orang lain
- Selidiki dulu sesuatu masalah. Jangan cepat melatah.
- Sentiasa bersyukur.
- Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari kerana ungkapan maaf dapat membersihkan hati.
- Jangan sesekali mengkritik @ merendahkan kebolehan diri sendiri.
- Refresh minda dan ungkap kata-kata perangsang sebelum tidur. Menurut kajian psikologi,apa yang disebut sebelum tidur dapat diingat sepanjang tidur hingga esok hari.
Aq bace bende nieh dan rase patut share dengan korang semua. Take note oke? semoga hati kita sentiase bersih tanpa dendam dan hasad dengki. Aminn.
Older Post | Newer Post