DeFascinoStories

Tuan Tanah!

Cik Nur Amalina !
Welcome to my simple triple blog. Thanks for being my sweet stalker. Im really appreciate that. Leave a footstep. Keep smiling yeahh. :)




Big Claps

Template: Aina Syaza
Editor:Cik Nur Amalina
Other: WeHeartIt Photobucket
Bersyukur ke hadrat Nya.


Assalamualaikum.

Hui,hai,hui. Rase macam lame je tak update. Takpe lahh. Takde stalker pun. HEHE. Dan hari ni last aku keje dekat PAKATAN UKUR BAHAN tu. Rase sedih pun ada gak meninggalkan Kak Rozi,Kak Yati. Mereka la tempat aku bergosip,bercerita masalah dan mintak pendapat. Well,sorang dah kawen,sorang lagy insyaAllah akan bertunang tahun depan. Aku je yang tengah tunggu prince charming datang. HAHA.


Mungkin setelah ape yang berlaku sepanjang bulan 8 sampai sekarang bulan 11 buat aku down n sedih tak terhingga. Kenape? Biaselahh masalah remaja. Tu laa gatal sangat nak bercinta,lepas tu dah clash down teruk kau Amal. Naseb kau laa. Ye! Padan muke aku sebab terlalu sayangkan dia. Weh,weh ! Bukan ni yang aku nak cerita. Nanti aku down lagy walaupun memang tengah down. (--')


Alhamdulillah di sebalik kekecewaan di alam cinta yang aku rase semua penah lalui kan? Allah beri aku kegembiraan yang tidak terhingga dan sangat bersyukur kehadratNya. Kenape? Aku ditawarkan untuk sambung belajar di UITM SERI ISKANDAR PERAK. Kos ukur bahan. Ramai tak tahu ape itu ukur bahan? Next entry oke? Malas pulak nak taip. =D




Nampak tak? Haa,bace la sendiri. Malas nak bace. Ramai yang kate jauhnya Perak. Aku pun pikir camtu. Tapi ecely aku harap dapat Sarawak,tapi Perak pun alhamdulillah laa. Then ade yang kate aku membawa diri ke? Hmm,mungkin rezeki aku dekat Perak wehh,sape tawu bertemu jodoh dekat sane. Gatal kejap! HAHA.

Jauh perjalanan,luas pemandangan.


 
Ni orang Perak tahu la,aku? Blurr~


Ni peta dalam UITM. Tak jelas laa.



Dan my dad dah search perjalanan dari Skudai ke Perak adalah sejauh 560KM. Yang ni aku tibai je. Lupe lahh. Tapi memang 8 jam kot aku nak balek Skudai nieh. Takpelaa demi mase depan aku,aku gagahkan diri dan sahut cabaran orang sekeliling aku. Dak2 ofis pun ade gak bagi tunjuk ajar pasal QS ni. Aku berterima kasih sangat-sangat. Dan disebalik tawaran yang aku dapat,aku harap aku bole move on dan lupekan kau. Ye,kau! Hmm.


Bapak aku pesan lepas ni belajar betul-betul. Jangan pikir pasal cinta lagi. Biar dia yang datang dengan sendiri. Ouhh,bapak aku asyik cakap pasal cinta jek. Oke,parents memang tahu ape yang berlaku sampai aku berubah jadik senyap n selalu termenung. Teruk beno effectnye,ye dak?


Hope korang doakan aku kat sane. To my bff Sakinah Samsudin,thanks dear tulis pasal aku dekat blog kau. Akhirnya kau kembali dengan Paker jugak. Mungkin jodoh korang berdua. Aku tumpang gembira. Aku sayang kau wahai dua pupu yang jauh sangat merangkap bff until end.



P/S : Kegembiraan akan hadir selepas kesedihan. Bersabarlahh wahai hati.











Older Post | Newer Post