DeFascinoStories

Tuan Tanah!

Cik Nur Amalina !
Welcome to my simple triple blog. Thanks for being my sweet stalker. Im really appreciate that. Leave a footstep. Keep smiling yeahh. :)




Big Claps

Template: Aina Syaza
Editor:Cik Nur Amalina
Other: WeHeartIt Photobucket
Antara jodoh dan takdir.


Assalamualaikum.

Hola,tengok tajuk aku macam gempak je kann? macam gud gud je kann? Well,aku pun takde pengalaman untuk berhujah pasal benda ni. Tapi ape yang berlaku semua ada hikmahnya. Kadang,memang lahh kau dah bercinta bertahun-tahun lama then tetiba pasangan kau kawen dengan orang lain. Sama ada salah sendiri atau pilihan keluarga,kita kena ingat ade sebab kenapa Allah uji kita dengan ujian yang sebegitu rupa.


Aku pun dok tengok orang tu,kekasih lama nak tunang,kekasih lama nak kawen,kekasih lama dah dapat anak. Pedih? Perit? Memang. Sangat perit. Tapi tak salah kita doakan kebahagiaan dia. Mungkin Allah akan temukan kita dengan orang yang lebih better dari dia. Tapi kalau kau dah jumpe dengan orang tu,jangan kau ignore dia. Kang kalau dia dah blahh dari kehidupan kau jangan sebuk dok nak frust bagai. Dan yang paling penting,jangan bagi harapan kalau tak suka. =)


Malas nak bebel panjang2. Try bace blog ni.  Apa itu jodoh?


Dan bila dah jadik macam ni, jangan bunuh diri pulak. Aku pelik kenapa ada yang sanggup bunuh diri kerana cinta? Mane iman kau? pendeknya akal kau? adakah itu penyelesaiannya? Tak tahu ke bunuh diri dalam Islam,dosa besar? Sebaiknya kau amik pengajaran dari semua ni. Jodoh tak kemana. Kadang2 dia depan mata kita je,tapi kita tak nampak. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.






Ape yang berlaku terhadap aku semua ni,ade hikmahnya walaupun tak kuat seperti ape yang korang penah lalui,tapi aku paham. Dan ape yang berlaku sekarang,biarlahh menjadi rahsia. Ingat entry aku yang lepas? Takde kapel2 dahh,terus kawen je. Kalau ade jodoh tak kemana. Tapi jangan tunggu jodoh tu datang,kite pun perlu berusaha mencarinya. Aku ni jenis kalau da sayang sorang memang sorang je aku sayang. Rumet aku sendiri cakap aku ni hati lembut,hati tisu. Ye,aku mudah mengalah. Itulahh aku. 



P/S : Semoga Allah permudahkan uruskan ku. Kekalkan lah ape yang ada di hatiku. Sesungguhnya rasa ini datang dari Mu, jangan lah kau padamkan rasa ini. Aminn.









Older Post | Newer Post